Monday, January 11, 2010

PAYM SLC Community Service Project featured in Berita Harian

"Happy Smiles, Joyous Hearts" - a People's Association Youth Movement (PAYM) Service Learning Club (SLC) Community Service Project, organised by 5 SLCs and supported by Eunos CC YEC - featured in Berita Harian.

11 Jan 2010

SINGAPURA

Luang masa suntik kegembiraan

Oleh
Hisham Hasim

MEREKA bercita-cita menjadi jururawat dan membantu golongan miskin dan memerlukan.

Lantas Amirah Ahmad dan Siti Soleha Borhan, kededuanya 16 tahun, melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan untuk mendekatkan diri mereka dengan golongan susah.

Mereka adalah pelajar Sekolah Menengah Telok Kurau dan menganggotai Kelab Kemahiran Khidmat (Service-Learning) Gerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) - sebuah kegiatan kokorikular yang ditubuhkan di sekolah-sekolah.

'Kami sebagai remaja sering ambil mudah akan kehidupan di sini, tetapi sebenarnya banyak lagi unsur-unsur kehidupan yang belum kami kenali,' kata Amirah, pelajar menengah empat.

Atas kesedaran itu, selama lebih dua jam semalam, beliau bersama 35 pelajar lain mendampingi sekitar 250 hadirin terdiri daripada kanak-kanak dari Rumah Kanak-Kanak Jamiyah, dan para penduduk dan peserta sebuah program sarapan pagi 'Happy Happy Sunday'.

Tujuan mereka ialah menghiburkan golongan susah dalam kawasan GRC Aljunied.

Keseluruhan acara itu dirancang dan dilaksanakan sendiri oleh para pelajar daripada lima sekolah menengah dan pemimpin belia daripada Kelab Kemahiran Khidmat PAYM dan juga cabang belia Kelab Masyarakat Eunos [Eunos CC YEC].

Usaha yang dilakukan ini adalah lanjutan daripada lawatan amal ke Perak dari 10 hingga 14 November lalu bagi mengunjungi sebuah rumah anak-anak yatim di sana.

'Kami membantu menaiktaraf pusat tersebut, seperti mengecat dinding dan membaik pulih bilik belajar kanak-kanak itu. Kami mendapat kepuasan melihat kegembiraan di wajah mereka,' kata Siti Soleha.

Tetamu terhormat acara itu adalah Menteri Negara Kanan Ehwal Luar dan Anggota Parlimen bagi GRC Aljunied, Encik Zainul Abidin Rasheed.

No comments: